Hai bloger,apa khabar? :) rindu juga untuk kau.memori bersama kau.baik buruk rindu segala dugaan dekat sini.
Aku mulakan dengan tahun ini pun sudah cukup,dari untuk tahun lepas.
Macam macam aku buat untuk bahagia. Bukan untuk siapa sebenarnya untuk aku.
Bila awal awal lagi aku sudah mula ingin jatuh,aku cuba bangun.
Dari tersungkur,dan sebenarnya aku masih kuatkan hati sampai sekarang.
Sampai satu saat aku fikir,lepas ni apa yang jadi aku berserah pada yang satu.
Jadi,kalau pilih dua lorong, satu lorong terang dipenuhi duit,mewah dengan harta ada disitu, tapi tiada kebahagiaan. Dan satu lorong lagi gelap,tiada satu cahaya pun menerangi,tapi kedengaran kebahagiaan,walaupun awalnya harus aku bergelap aku tahu aku mampu letak satu cahaya disitu dengan mencari diri sendiri tahu berterimakasih dan bersyukur setiap yang diuji.pasti lorong itu akan jadi terang.
Aku cuba untuk tidak menyusahkan siapa siapa dalam keadaan aku sekarang,aku ukir satu senyuman yang memang akan menutupi kesesakkan dalam hati.
Aku diuji mampukah aku setia, aku pilih jalan itu, aku cuba setia.haih,
Aku telah saratkan diri aku dengan rindu, sebab aku telah sayang, kerana itu dari Tuhan. Dia yang berikan aku kasih sayang itu untuk dikongsikan,walaupun adakalanya
Kasih sayang itu disampahsampahkan. Aku cuba untuk buktikan aku mahu insan yang aku sayang bahagia. Sebab aku tak sanggup untuk lepaskan satu hal yang dah penuh dgn kasih sayang aku taburkan.
Setiap kali untuk tidur,aku akan ingatkan diri aku,jika diizin dia aku membuka mata
Esok hari kekalkan satu cinta yang kau beri ini Tuhan. Izinkan aku teruskan semuanya dengan kuat. Dan aku masih bersyukur setiap kali bangun aku masih mampu membaca pesanan ringkas yang adakalanya mampu buat aku menanggis sendiri. Sebab kasih sayang itu dihargai.
Aku diberi dua ujian cinta/keluarga. Adakalanya aku cuba lepaskan dengan satu nafas.
Jangan pernah penat. Jika aku kehilangan cinta,aku masih punya keluarga. Giliran aku pula sekarang berbakti pada keluarga. Dan kepala aku masih fikir inginkah aku dibuat isteri? Inginkah berkehidupan susah dahulu dengan aku? Inginkah?
Dan sekarang aku sudah takut untuk berjanji,bukan kerana apa,aku takut untuk menyakiti.
Walaupun kasih sayang aku tidak pernah kurang sekalipun.
Terimakasih untuk masih ambil tahu tentang makan dan minum aku, walaupun adakalanya aku hanya menjamah sesuap nasi untuk teruskan kehidupan pada hari esoknya.
Aku tak sangka aku bertahan sekuat ini. Dan sememangnya aku tidak akan pernah boleh tahan untuk tidak mengeluarkan airmata untuk menceritakan apa yang aku lalui.
Masa depan yang kecil,tapi aku cuba usaha. Untuk hasilkan bahagia dari hasil titik peluh aku sendiri. Walaupun aku tidak pernah senang untuk segala yang mampu dimiliki gadis gadis dibawah jagaan ibu bapa lagi. Sebab aku sudah berdikari untuk tidak seperti itu. Satu malam yang sama dari kenangan yang perih. Call emak jam12 malam.
Aku : emak, selamat hari jadi* aku menangis mengenang diri jauh.
Emak : terimakasih, jaga diri kat sana. Makan macam mana. *berubah suara
Aku : alhamdullilah,makan semua ok. Emak tu jaga makan minum tau,jaga diri.makan ubat.
Emak : emak jaga cuma badan ni selalu sakit sakit, ingat makan tau,kalau takda duit cakap. Jangan minta dekat orang. Emak hidup lagi untuk kau. Fairuz ada telefon? Kirim salam dengan dia.
Aku : emak, org sayang emak.
*malam itu kami menanggis dua beranak mengenang nasib yang aku takkan menyusahkan emak untuk hidup. Dan aku meneruskan tangisan untuk mengenang urusan cinta pula bahawa aku telah sakit untuk lalui ketika itu. Hingga ke pagi untuk mendengar suara.
" Peluk i kuat kuat, I sayang u "
Aku lepaskan dengan satu nafas biar lah itu jadi kenangan silam yang aku takkan kenang ketika aku sudah bahagia.
17januari2012
Selasa
0849 AM
Tidak ada komentar:
Posting Komentar